SELAMAT MEMILIH DAN MEMBELI..........
Friday, February 11, 2011
Tuesday, February 8, 2011
Tuesday, February 1, 2011
cerita 1(erti persahabatn dan percntaan)
“Liaaa! Bangun!! Hari dah meninngi, kambing pun tahu bangun awal tau!” suara Sakina membebel di telingaku satu persatu.
Eleh! Nk bandingkan aku dengan kambing konon. Kambing dengan manusia manalah sama. Hisy! Kina ni, tak kan lah kambing sama dengan aku. Aku rajin mandi, siap sabun badan dua kali. Kambing apa yang dia tahu? Kena air sikit pun dah lari lintang pukang, inikan pula nak bersiram lama macam aku.
“Liaaa!!!” kali ini jeritan Kina sudah menggegar satu asrama siap dengan suara Yati sekali. Nak tak nak aku tarik juga selimut yang tebal lagi cantik itu.
“Hah! Tau pun bangun, ingatkan dah mati dipanggil malaikat maut.” Itu lah kawan aku merangkap roommate aku yang diberi nama oleh makbapak nya ‘Siti Sakina’ atau lebih mesra dipanggil Kina.
“Heh! Lia , kau tak ada kelas ke hah?” Sorang ini pula kawan aku yang paling happy-go-lucky. Namanya Hayati atau lebih selesa dipanggil Yati.
“Erm,korang tengok jadual aku tu, aku pun tak tahu lah hari ini aku ada kelas pagi ke tak!” Aku ini jenis yang tak ambil kisah terhadap sekeliling.
“Weh! Lia, kau ada kelas bermula 9.30 pagi. Kelas Prof Hakim, merangkap bapa mertua kau lah.” Kina mula bersuara.
“Erm, sekarang pukul berapa? Baru pukul 8 pagi. Rileks lah sis.
“Kau kata pukul 8! Sekarang dah pukul 9 kau tahu. Aku dan Ki…..na.” Sebelum sempat Yati menghabiskan ayatnya itu, aku terus berlari ke bilik air yang terletak di hujung bangunan asrama puteri itu.
“Eh, budak ini, aku belum habis cakap terus blah macam tu saje!” kata Yati dengan suara seperti menengking.
“Ishhh! Biar lah dia, yang penting kita kena tolong dia kemas katil dia.” Kata Kina yang ayu berbaju kurung.
“Okey lah.” Jawab Yati dalam nada tidak puas hati.
“Heh, kau dah ulangkaji subjek Medical.?? Tanya Kina ingin tahu.
“Ya Allah, aku hampir terlupa, nasib baik lah kau ingatkan. So kita kena pergi cepat lah. Kita pergi dulu lah, kalau nak tunggu Lia, rasanya lama lagi dia tu.”
“Okey lah. Sekejap, aku nak tuliskan note untuk Lia.” Kata Kina sambil mengeluarkan kertas dan pen.
Aku mandi ala kadar sahaja. Semasa aku masuk ke bilikku semula, katil sudah dikemas rapi. Sakina dan Yati juga tak ada. Mungkin sudah ke kelas barangkali. Hari ini aku sekadar berbaju kurung berwarna merah jambu dan rambutku diikat satu ,ala-ala budak tadika pula. Semasa aku sedang bersiap-siap hendak ke kelas, terdapat secebis nota terletak atas katilku.
“Lia, kami dah kemas tempat tidur kau. Pastikan datang awal. Hari ini, Prof Hakim hendak mengadakan ujian. Datang awal tau!”
- Kina dan Yati –
Ujian??? Aku belum ulangkaji satu apa pun, mampus aku kena bebel dengan Prof Hakim merangkap bakal bapa mertua aku. Aku cepat-cepat pakai kasut dan bergegas ke kelas memandangkan jam sudah menunjukkan 9.20 pagi. Hatiku tidak putus-putus berdoa supaya Prof Hakim lambat masuk hari ini. Lagi bagus kalau batalkan ujian tu.
Posted by My Life at 6:44 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)