BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

welcome

Patterned Text Generator at TextSpace.net

semoga terhibur

Glitter Text Generator at TextSpace.net

Friday, June 10, 2011

part 3 (erti persahabatn dan percntaan)

AKU  meninjau  di  sekeliling  kaferia  UKM  yang  ketika  itu  penuh  dengan  para  pelajar  yang  mahu  mengisi  perut  mencari  tempat  kosong. Aku  tersenyum  apabila  mendapati  ada  tempat  kosong  di  hujung  sana. Aku  segera  menuju  ke  sana   kerana  tidak  mahu  tempat  itu  menjadi  hak  orang  lain. Aku  menuju  ke  situ  dengan  sabar  dengan   dua  gelas  air  yang  baru  kubeli  tadi. Makanan  aku  suruh  Kina  belikan   memandangkan  Kina  seorang  yang  rajin  beratur. Sebaik  sahaja  aku  melihat  kelibat  Kina, Nisa  dan  Yati  di  celahan  ramai, aku  melambaikan  tangan.
“Nah, makanan  kau!” Kina  meletakkan  dua  pinggan  nasi  yang  penuh  dengan  lauk  di  atas  meja.
Aku  melihat  makanan  di  hadapanku  dengan  pandangan  penuh  selera. Aku  sudah  tidak  sabar  untuk  makan. Aku  makan  dengan  membaca  doa  makan. Selepas  itu, aku  suap   makanan  itu  perlahan-lahan.
“Lia, cepatnya  kau  habis  jawab  kertas  soalan  itu. Hebat  lah  kau  ni. Aku  yang  anak  Prof  pun  tak  habis  cepat  macam  kau.” Kata  Nisa  dengan  diselangi  dengan  pujian.
“Aku  tengok  soalan  itu  mudah  sebab  tu  aku  habis  cepat.” Jawabku  setelah  nasi  di  dalam  mulutku  telah  habis  ku  telan. Aku  suap  makanan  ke  dalam  mulutku.
“Eh, Lia!” tiba-tiba  ada  seseorang  menegurku  dari  belakang.
Teguran  itu  menyebabkan  aku   tersedak. Yati  segera  menghulurkan  air  kepadaku.
“Ya  Allah, Dang. Kau  ni  tak  reti-reti  ke  nak  tegur  aku  elok-elok. Tersedak  aku  dibuatnya.” Aku  pandang  ke  belakang.
Sorry, Lia. Aku  nak  tanya  kau  ni. Kau  tahu  Hana  pergi  mana?” tanpa  disangka  Dang, soalan  itu  mengundang  kemarahan  aku.
“Kenapa  tanya  aku? Kau  ingat  aku  ni  PA dia  ke?”  suaraku  agak  tinggi  seolah-olah  menengking  tapi  aku  cuma  menyindir  sahaja.
Dang  kehairanan. Dia  memandang  Kina, Yati  dan  Nisa. Nisa  dan  Yati  cuma  mengangkat  bahu  tanda  tidak  tahu. Kina  faham  benar  kenapa  tiba-tiba  aku  melenting  selepas  mendengar  nama  Hana, tetapi  dia  memandang  Dang  dengan  pandangan  tidak  tahu.
“Aku  tanya  kau  sebab  selama  ni, kau  selalu  dengan  dia. Aku  minta  maaf.” Dang  terus  berlalu.
“Ishh, hilang  selera  makan  aku  dengar  nama  dia.” Aku  turut  meninggalkan  meja  itu  dengan  perasaan  marah  tanpa  menghiraukan  Yati, Kina  dan  Nisa.