BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

welcome

Patterned Text Generator at TextSpace.net

semoga terhibur

Glitter Text Generator at TextSpace.net

Thursday, April 28, 2011

CerPen PersahabtN dan PercntaAn paRt 2

KAKIKU  melangkah  dengan  agak  pantas. Seorang  dua  menyapaku  tapi  aku  tidak  melayan  mereka. Aku  cuma  memberikan  senyuman  yang  agak  manis  kepada  mereka. Bak  kata  ustazah, senyuman  itu  sedekah. Kakiku  sudah  hampir  ke  makmal  perubatan  UKM. Aku  dapat  rasakan  tanganku  kesejukan  dan  menggigil. Aku  masuk  dengan  penuh  rasa  takut,gelisah dan  gementar. Semua  pelajar  memandang  ke  arahku. Tau  lah  aku  ini  cantik, tak  payahlah  pandang  anak  dara  orang  lama-lama. Alhamdulilah, Prof  Hakim  belum  masuk  lagi. Terima kasih, ya  Allah. Aku  segera  ke  tempat  dudukku  iaitu  bersebelahan Yati. Sebelum  duduk, aku  sempat  mengerling  ke  belakang  tempat  dudukku  untuk  mencari  kawan-kawan ku  yang  lain. Nisa,Sakina  dan  Dang  cuma  Hana  sahaja  yang  tidak  hadir  pada  hari  itu. Dia  sakitkah? Soalan  itu  terus  bermain  di  fikiranku  sehingga  Yati  berkata  kepadaku.
“Nasib  baik  lah  kau  datang  awal  sikit. Kalau  tidak  kau  dah  jadi  korban  dah.”  Ishhh, Yati  ni  ke  situ  pula  dia. Aku  ini  bakal  menantu  Prof Hakim, tak  kan lah  Prof nk  sembelih  aku. Lagipun, raya  korban  lama  lagi.
“Kalau  kau  nak  membebel, boleh  tak  jangan  sekarang? Aku  nak  ulangkaji  sekejap, semalam  aku  tak  ingat  hari  ini  ada  test. Kau  pun  satu  tak  nak  ingatkan  aku, tak  boleh  harap  kawan   lah  kau  ni.” Aku  segera  mengeluarkan  nota  dan  alat tulis.
Amboi! Kau  ingat  aku  ini  personal  assistant  kau  ke  hah? Nak  ingat-ingatkan  pula, otak  ada, simpan  dalam  kepala  otak  kau  tu. Otak  tak  boleh  pakai  k?”  Alamak, Yati  dah  naik  bengang  lah  pula. Tetiba aku  teringat  lah  pula  lagu  bengang  nyanyian  si  Akim AF7 tu.
“ Yati, aku  nak  minta  tolong  sikit  boleh  tak?” aku  bertanya  kepada  Yati.
“Kau  nak  aku  tolong  apa?” muka  Yati  dah  menunjukkan  seribu  kerutan  di  dahi nya. Dia  mencari-cari  apa  yang  boleh  tolong  aku.
“Tolong  senyap  sikit, aku  nak  study.”  Dengan  selamba  nya  aku  menjawab. Maaf  lah  kawan  aku.
Aku  dapat  melihat  Yati  yang  sedang  pura-pura  bercakap  dengan  Kina, Nisa  dan  Dang  panas  dengan  jawapan  aku  tu. Hahaha, biarlah, waktu  lunch  nanti  aku  pujuk  dia. Nak  pujuk  sekarang  tak  boleh, tengah  emergency.
Baru  sahaja  aku  mahu  membaca  nota, Prof  Hakim  sudah  masuk  ke  kelas. Beliau masuk  dengan  penuh  yakin. Sama  lah  macam  anak  dia, Ryzal. Dua-dua  sama  kacak, sama  tinggi. Erm, rindulah  pula  nak  jumpa  kekasih  hati  aku tu. Alamak, aku  tak  sempat  nak  baca  nota. Harap-harap  lah  Prof  tangguh  test  tu. Amin.
“Okey, baik  lah  semua, anda semua  dikehendaki  menutup  semua  buku  dan  nota  tak  kira  lah  buku  sastera, ekonomi  atau  apa-apa  saja  buku  yang  berkaitan. Letakkan  buku  di  dalam  beg  lalu  letak  di  depan. Hari  ini  kita  akan  menjalani  ujian  tentang  matapelajaran  yang  lepas. Saya  harap  anda  semua  sudah  bersedia.” Prof Hakim  memulakan  pengajaran nya.
Ternyata  sangkaan  ku  meleset, Prof  Hakim  hendak  menjalankan  test  tu  hari  ini. Aku  tak  baca  satu  apa  pun. Ya Allah, kau  tolong lah  hamba  mu ni. Aku  melangkah  ke  depan  untuk  meletakkan  beg  ku  dengan  penuh  gelisah  dan  ketakutan.
Kertas  soalan  sudah  diedarkan. Aku  pandang  sebelah, Yati sudah  menjawab. Aku  pusing  ke  belakang, Kina, Nisa  dan  Dang sudah  menjawab. Dia  orang  semua  menjawab  dengan  tenang.
Sebelum  menjawab, aku  membaca  basmallah dulu. Kemudian, aku  menjawab  soalan  tersebut. Semua  soalan  tu  mudah  sahaja  seperti  makan  kacang. Tutup  mata  pun  sudah  tentu  boleh  jawab. Tapi  kalau  tutup  mata  macam  mana  nak  jawab  soalan  sebab  tak  tahu  soalan  tu  tanya  apa. Aku  menjawab  dengan  penuh  teliti  dan  hati-hati, orang  tak  baca  buku  macam  ni  lah  jadinya.
Tiba-tiba  aku  rasa  sunyi  semacam, selalu  aku  dan  Hana  akan  tiru  meniru  tapi  sekarang  semua  dah  berubah. Terasa  air  mataku  bergenang tapi  aku  tahankan  juga  daripada  jatuh. Aku  tak  nak  Yati  perasan. Aku  gagahkan  juga  hatiku  untuk  menjawab  soalan tersebut.
Setelah  dua  puluh  minit  mengerah  otak, akhirnya  kertas  ujian  aku  sudah siap dijawab. Hatiku  sungguh  girang  dan  berbunga  mekar. Aku  berjalan  ke  meja  Prof Hakim  lalu  menyerahkan  kertas  soalan  tersebut.
“Terima  kasih. Erm,Lia  macam  mana  dengan  assigntment  yang  saya  bagi, ada  apa-apa  masalah?” tanya  Prof  kepadaku.
“Tak  ada  apa-apa  masalah. Semua  baik-baik  sahaja.” Jawab ku  tenang.
“Okey, bagus  lah  kalau  macam  tu. Awak  boleh  keluar  sekarang.” Kata Prof.
“ Terima  kasih, Prof.” jawabku  dengan  hati  yang  gembira. Tak  sabarnya  rasa  hendak  makan. Perutku  sudah  menyanyi  diminta  makanan  memandangkan  pagi  tadi aku  tak  sempat  bersarapan. Aku  keluar  kelas  seorang  diri  memandangkan  empat  sahabatku  belum  habis  menjawab.
Aku  menghayun  kakiku  ke  kafeteria. Tiba-tiba  ada  suara  yang  memanggil nama ku. Aku  kenal  sangat  suaraku. Suara  yang  amat  ku  rindu.
“Yana  nak  ke  mana?” itu lah  kekasih  hatiku  yang  bernama Ryzal  Syafiq  bin  Hakim. Anak  kepada  Prof  Hakim  dan  abang  tiri  kepada  kawanku, Nisa. Dia  juga  seorang  senior  di  UKM.
“ Yana  nak  ke  kafeteria, nak  makan  pagi  tadi  tak  sempat  nak  sarapan. Zal tak  ada  kelas  ke?” tanyaku  kepada  buah  hatiku.
“ Cian  nya  Zal  punya  Princess. Zal  nak  pergi  kelas  lah  ni. Okey  lah  syg, Zal  nak  pergi  kelas  dah  lambat  dah  ni. Bye, syg. Syg  Yana.” Ryzal  memang  panggil  aku  Yana  sebab  dia  kata  dia  tak  nak  berkongsi  nama  dengan  kawan-kawanku. Kalau  difikirkan  semula, memang  cukup  kelakar  pernyataan  tu. Aku  sendiri memanggil  nama nya  Zal. Tak  ada  sesapa  yang  memangggil  nama  nya  Zal. Semua  orang  memanggil nya  Ryz. Aku  suka  dengan  nama  Zal. Ada  makna  yang  tersirat.
“Okey   lah. Yana  tak  nak  Zal  lambat  masuk  kelas. Bye, syg  kamu  juga.” Jiwang  lah  pula  hari  ni. Sekali-sekala  apa  salahnya. Aku  melambaikan  tangan  kepada  Ryzal. Dia  juga  membuat  perkara  yang  serupa  juga. Aku  terus  beredar  ke  kafeteria.


0 comments: